Terjemah.

Subhân’Allâh! Inilah *Injil Asli* yang Menggemparkan Dunia. 12 Tahun dirahasiakan. Menjelaskan Nabi Isa AS tidak Disalib dan Membenarkan Nabi Muhammad SAW. Mengguncang Vatikan dan Kristen di Seluruh Dunia!!!

_Bismillâhir-Rahmânir- -Rahim_. Belum lama ini, Pemerintah Turki mengumumkan tentang penemuan Kitab Injil Asli, *BARNABAS*, salah seorang diantara murid2 pertama Yesus (Isa al-Masih).
Hal ini tentu saja mengejutkan banyak pihak, terutama fihak Vatikan sendiri. Sebagaimana diberitakan oleh _Daily Mail_, _Basijpress_ dan _National Turk_, bahwa *Injil Barnabas* asli tersebut ditemukan pada tahun 2000 lalu di Turki, namun ditutupi-tutupi oleh Pemerintah Turki selama lebih dari 12 tahun dan baru sekarang dibeberkan ke publik. Lembaran-lembaran kulit hewan itu ditulis dengan huruf Syriac dengan dialek bahasa Aramia, bahasa yang sama dan lazim digunakan pada masa Yesus, Isa al-Masih.
Pemerintah Turki menyakini bahwa kitab kulit hewan tersebut adalah *Injil Barnabas Asli*. Hal yang menarik dari Kitab Injil Barnabas Asli asal Turki tersebut menyatakan bahwa *YESUS TIDAK PERNAH DISALIB*, dan terdapat ayat-ayat yang menyatakan bahwa Islam adalah agama yang benar serta pengakuan tentang kehadiran Nabi akhir zaman, yaitu Muhammmad SAW.
Pengakuan itu terdapat pada bab 41 Injil Barnabas yang ditemukan di Turki tersebut. Berikut ini terjemahannya: _”Allah telah menyembunyikan diri-Nya sebagai Malaikat Agung Michael berlari mereka (Adam dan Hawa) dari surga, (dan) ketika Adam berbalik, ia melihat bahwa di atas pintu gerbang ke surga tertulis “La Ela ELA Allah, Muhammad Rasul Allah”_. Kitab yang masih menjadi perdebatan tersebut disebutkan kini disimpan di _Justice Palace_, Ankara, Turki, dengan pengawalan ketat polisi bersenjata lengkap dan keamanan maksimum.
Pihak Iran, lewat _Basij Press_, menyatakan bahwa apa yang tertulis di kitab Barnabas asli tersebut adalah bukti tentang kebenaran Islam, yang walau begitu ditanggapi dengan sinis oleh pelbagai pihak.
Bahkan pihak Kristen, lewat berbagai jamaatnya, menyatakan bahwa Kitab Injil Barnabas tersebut diragukan keasliannya.
Namun begitu pihak Vatikan lebih arif dengan menyatakan telah mengajukan permohonan resmi ke Pemerintah Turki untuk membaca dan menganalisa keaslian kitab kontroversial itu.
Para agamawan menyatakan bahwa jika Alkitab Barnabas tersebut terbukti asli, maka akan mengakibatkan rusaknya kredibilitas Gereja, dan akan menimbulkan revolusi agama Nasrani besar-besaran di seluruh dunia.Tentu saja penemuan ini cukup menarik, sama menariknya dengan penemuan dan fakta sejarah bahwa Benua Amerika pertama kali di temukan oleh para pelaut tangguh Muslim.
_Wallâhu a’lam bish-shawâb_.
Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah.
_Wabillâhi at-Taufîqu wa’l-Hidayah_!

http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/islam-mancanegara/12/06/05/m530xu-turki-terjemahkan-injil-berusia-1500-tahun

Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita….
Semoga Allah senantiasa memberikan pertolongan kepada kita…
Aamiin!

Advertisements

1mdb

“Haram sokong DAP…. Sebab mereka musuh Islam, musuh Allah…. Innal-kaafiriina kaanuu lakum aduwwammubiina…. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu…! Qur’an sendiri yang bagitahu mereka adalah musuh kamu yang nyata.”
.
“Ayat tu turun bila, ustaz…? Dulu elok je PAS gabung dengan DAP, lebai-lebai pun pakai baju roket, tahun 1999 dulu Ayat Qur’an belum turun ke….? Come on lah ustaz, kalau ya pun, Ayat tu tak ada kena-mengena dengan DAP pun… Ustaz tak baca ayat penuh, ustaz ambik sekerat-sekerat je… Dan ustaz tafsir ikut suka sendiri je…. Itu ayat 101 Surah an-Nisa’, ustaz cuma baca yang belakang je… Ayat penuh menyatakan Allah mengizinkan orang musafir mengqasarkan solat… bukan suruh lawan DAP…!”

Jawab : Kalau nak sembang ayat Quran yang larang bekerjasama atau melantik kafir jadi pemimpin bukan satu ayat saja bro, malahan lagi banyak dari larangan makan babi.

“Walau apa pun, terjemahan ayat itu jelas bagitahu orang-orang kafir adalah musuh Allah, musuh orang-orang yang beriman…. DAP itu kafir, tentulah termasuk dalam ayat ni.”

Jawab : Pas bekerjasama dengan DAP dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat bro, ko faham istilah bekerjasama? Bukan bergabung amik DAP jadi PASDAP atau jadi parti komponen PAS. DAP masa tu blok pembangkang atau kerajaan bro?

“Dulu ustaz jugak yang kata haram sokong UMNO, sebab ustaz kata UMNO zolim… Ustaz baca ayat Qur’an : ‘walaa tarkanuu ilallaziina zolamuu fatamassakumunnar’…. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disambar api neraka…. Ustaz kata, jangankan sokong, cederung pun tak boleh…. Senyum kat orang UMNO pun tak boleh….. Sekarang amacam, ustaz…? Elok je berbaik dengan UMNO… Apa, ustaz ingat Ayat walaa tarkanuu tu dah dimansuhkan ke….?”

Jawab : PAS konsisten hampir 40 tahun jadi pembangkang, kalau UMNO jadi kerajaan, takkan PAS nak lawan DAP? Sekarang UMNO berkuasa atau jadi pembangkang bro?

“Syeikh, dulu zaman apa…? Itu zaman Fadzil Noor…. Sekarang zaman Tok Guru Haji Hadi…. Tafsiran ayat itu tentu berbeza…. Tak boleh tafsir macam dulu lagi, mesti disesuaikan dengan keperluan zaman…”

Jawab : Bro mengaji lebih sikit ye, hukum boleh berubah2 ikut keadaan. Contoh ada masa solat pun boleh jadi haram bhai, ada waktu2 tertentu seperti lepas subuh (syuru’) sampai waktu dhuha. Contoh lagi baca Al Quran boleh jadi haram kalau ko sengaja taknak belajar cara bacaan betul bro, ko main baca je ikut sedap ko je, padahal ko mampu belajar. Tak faham makna takpe lagi. Puasa sunat juga boleh jadi haram untuk isteri yang tak minta izin suami.

“Aler uto lah ustaz….! Baik ustaz pergi lunch, lepas tu ustaz chao…. Jadi lunch-chao….”

Jawab : Kalau perkara solat, puasa dan baca Al Quran pun boleh berubah2 ikut keadaan dan situasi, apa masalahnya kalau PAS haramkan sokong UMNO bila berkuasa dan bekerjasama dengan DAP yang belum jelas menentang Islam?

Dan apa masalahnya PAS nak bekerjasama dengan UMNO bila tidak lagi berkuasa dan menentang DAP yang berkuasa dan jelas menentang Islam bermula dengan peristiwa ‘Langkah Kajang’ semasa dalam Pakatan Rakyat?

Sebagai contoh, ko berjiran dengan Cina dan Melayu, Cina ok je tak kacau ko tak buat hal apa pun, Melayu plak jenis bising dan ganggu ko, lebih baik jiran Cina walau kafir bhai. Tapi kalau jiran Cina ko mula buat hal macam2, lebih baik la jiran Melayu ko der, faham?

Masalahnya sekarang UMNO yang kononnya jahat sangat sebelum PRU 14 ni mana buktinya? Kenapa SPRM lepaskan pembekuan akaun peribadi DSN kerana tiada kaitan dengan 1MDB dan 2.6 billion?

Kalau UMNO ada rasuah pun apa masalah kalau PAS nak bekerjasama atau bergabung sekalipun? Yang rasuah tu orang UMNO atau parti UMNO?

Jauh lebih baik UMNO yang ada rasuah sekalipun dari DAP yang tak mahu Islam naik sepertimana Islam di Brunei yang laksana Hudud? Di Brunei takde Cina dan India bhai?

TH.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155798023225952&id=157851205951
Sebelum ini, kerajaan PH tiba-tiba mengumumkan bahawa Tabung Haji (TH) telah mengalami defisit pada akhir tahun 2017 kerana mendakwa TH di bawah kerajaan BN telah bertindak terlalu zalim dengan terlebih bayar dividen kepada pencarum TH untuk 4 tahun berturut-turut.

Dengan menggunakan alasan defisit RM4 bilion, mereka juga mengumumkan bahawa aset TH bernilai RM19.9 bilion akan dijual kepada sebuah syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan yang kita sekarang tahu telah mengutip cukai petrol dengan senyap-senyap sejak awal bulan lepas sehingga dibongkarkan oleh saya dan pihak-pihak lain.

Syarikat SPV ini akan meminjam RM19.9 bilion dari TH dengan kadar faedah 2.5% setahun untuk membeli aset-aset bernilai RM19.9 bilion dari TH yang mereka dakwa ialah aset yang tidak baik ataupun aset yang rugi.

Pinjaman TH kepada SPV ini juga tidak dijamin oleh kerajaan.

Walaupun ramai telah menyuarakan kebimbangan dan bantahan terhadap langkah ini, kerajaan PH telah mula menjual aset Tabuhg Haji bernilai berbilion-bilion kepada syarikat SPV semalam.

Antara yang sudah dijual semalam termasuk Malakoff Corporation Bhd (500 juta saham dipindahkan), UEM Sunrise Bhd (348.87 juta saham), IJM Corporation Bhd (227.31 juta saham), Hap Seng Plantations Holdings Bhd (66.07 juta saham), Dayang Enterprise Holdings Bhd (76.37 juta saham) and Pintaras Jaya Bhd (11.35 juta saham).

Syarikat lain pula ialah Naim Holdings Bhd (24.83 juta saham dipindahkan), Integrated Logistics Bhd (20.58 juta saham), Eastern & Oriental Bhd (94.25 juta saham), Pelikan International Corporation Bhd (157.19 juta saham), Icon Offshore Bhd (103.61 juta saham) dan TH Heavy Engineering Bhd (334.16 juta saham).

Saya perhatikan banyak antara syarikat-syarikat yang telah dipindah semalam merupakan syarikat yang mempunyai prestasi keuntungan yang baik dan bukan syarikat yang rugi seperti kriteria diumumkan oleh kerajaan PH.

Satu contoh ialah syarikat IJM Corporation Berhad. Saya tengok harga saham IJM agak stabil untuk tahun-tahun kebelakangan sehingga akhir tahun 2017. Syarikat itu juga tetap membayar dividen setiap tahun.

IJM bukan sebuah syarikat yang rugi tetapi mempunyai prestasi keuntungan yang baik. (Lihat lampiran)

Semalam, 227.31 juta saham dalam IJM telah dijual oleh TH kepada SPV di mana harga saham di Bursa semalam hanya RM1.63 berbanding harga RM3.05 pada akhir tahun 2017.

Satu lagi syarikat yang juga dijual ialah syarikat Malakoff. TH menjual 500 juta saham dalam syarikat ini kepada SPV semalam.

Bulan lepas, Malakoff baru mencatatkan keuntungan bersih untuk suku ke-3 telah naik 30% berbanding tahun lepas.
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/11/501334/malakoff-catat-untung-bersih-lebih-tinggi

Kementerian Kewangan patut memberi senarai penuh aset-aset Tabung Haji yang akan dipindah dan memberi penjelasan yang telus bagaimana dan mengapa aset-aset ini telah dipilih untuk dijual kepada syarikat SPV mereka.

TH ialah Tabung Haji. Bukan Tabung Harapan.